PUSAT AKSES SEKOLAH




Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Pusat Akses mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. 

Ia merupakan satu ruang pembelajaran kendiri (self learning).Pembelajaran di Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.Pusat Akses memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.


MATLAMAT DAN OBJEKTIF

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendir, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran


PANDUAN PUSAT AKSES SEKOLAH

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

Pengurusan dan Pentadbiran

Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:


  • Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah
  • Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah
  • Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan


PUSAT AKSES SEKOLAH DI KAWASAN PKG SUNGAI BAKAP


  1. SK Bukit Tambun
  2. SMK Mutiara Impian
  3. SMK Bandar Tasek Mutiara
  4. SK Tasek Permai
  5. SJKC Kampung Jawi
  6. SK Sungai Bakap
  7. SMK Jawi
  8. SK Jawi