TAMBO PKGsb

MELAKARI IMAGINASI DAN HARAPAN

Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP)

Lambang ini telah digubah secara lima petak yang terletak di atas sebuah bulatan. Bentuk-bentuk ini adalah amat teguh dan klasik dan mempunyai kaitan yang rapat dengan media atau perantaraan pendidikan.
 
Bentuk pyramid ialah simbol untuk mencapai segala cita-cita dan kemajuan dari segi sains dan teknologi; kekuatan dan sesuatu yang kukuh. Bentuknya adalah suatu yang teguh – jelas gagah dari segi sifatnya.

Bulatan di mana terletaknya pyramid itu melambangkan suatu unit atau kumpulan yang menggabungkan perhubungan ‘audio’ dan ‘visual’ dan penyibaran maklumat-maklumat. Ianya juga melambangkan bentuk bumi atau sebuah ‘globe’ atau mana yang sentiasa mengawasi. Bulatan ini juga menambahkan kecantikan kepada lencana yang terdiri daripada bentuk-bentuk yang berlawanan.

Warna-warna lambang ini ialah puith, hitam dan ungu. Logo ini dilhamkan oleh K.K.Lau

_____________________________________________________________________________________

Logo Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) yang baharu
 


Di dalam Sebaran Pendidikan, Jilid 5 Bilangan 1, April 1984 telah diperkenalkan logo baharu P.S.P. Logo baru ini ialah hasil cipataan Encik Cheng Jew Wei, seorang pereka grafik di TVP.

Logo ini melambangkan fungsi dan tanggungjawab bersepadu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) di dalam perkembangan dan penggunaan bahan-bahan media pendidikan di sekolah-sekolah.

Warna ungu melambangkan kepimpinan Bahagian PSP di dalam penggunaan media pendidikan yang berkesan. Warna hitam dan putih melambangkan konsep pendekatan pelbagai cara penggunaan bahan-bahan media pendidikan.

Bulatan di tengah melambangkan kumpulan sasaran Bahagian PSP iaitu murid dan guru. Bentuk jangkauan tangan (warna ungu muda) melambangkan pertalian aktiviti dan hubungan di antara Bahagian PSP dengan kumpulan sasarannya, manakala bentuk tapak tangan (warna ungu tua) di bahagian luar melambangkan konsep mendukung cita-cita negera mewujudkan pendidikan bermutu. 

Sebaran Pendidikan Jil.5 Bil.2 Ogos 1984

_____________________________________________________________________________________

Logo BTP


Bentuk Logo yang ‘simple’ serta mempunyai ilsui optikal ini dicipta untuk disesuaikan dengan fungsi BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan) diperingkat kebangsaan serta antarabangsa. Logo ini juga adalah lambang cetusan kesedaran bahawa kita sekarang berada di dalam dunia teknologi yang moden. 

Logo ini sendiri member gambaran ilusi opitkal pergerakan yang berterusan menonjolkan peranan BTP di bidang perkhidmatan media massa pendidikan. Ia juga melambangkan perkembangan dan kemajuan di bidang pendidikan. 

Bentuk simbolik ini melambangkan 6 seksyen di dalam Bahagian Teknologi Pendidikan: Seksyen TV Pendidikan, Seksyen Bahan Pandang Dengar, Seksyen Radio Pendidikan, Seksyen Penilaian dan Pentadbiran, Seksyen Kejuruteraan dan Seksyen Perpustakaan. 

Seksyen-sekyen ini berhubung rapat dalam bentuk hexagon kepada bentuk bulatan di tengah logo-yang melambangkan kesatuan dan perpaduan walaupun setiap satu daripadanya bergerak bebas bersendirian.

Garisan putih yang terdapat di sekeliling bentuk hexagon, melambangkan – ‘output’ serta ‘input’ pengetahuan dan data daripada BTP. Bentuk bulatan yang terdapat di tengah-tengah logo melambangkan ‘mata BTP – yang menjadi paksi dalam menggabungkan, mengawal dan menyelia ke enam-enam seksyen.

Enam garisan konsentrik juga melambangkan 6 seksyen BTP. Garisan ini juga melambangkan – gelombang radio serta pemancaran TV. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai pancaran pengetahuan dan perkhidmatan daripada pusat BTP. Dua ‘tone’ warna ungu serta warna putih, dan hitam melambangkan kestabilan, perpaduan, persahabatan seerta kesediaan untuk berkhidmat dangan cekap dan berkesan. 

Keunikan logo BTP digambarkan melalui kombinasi 3 simbol tersebut. Logo ini dicipta oleh Anthony Chan Sai Weng dan Seksyen TV Pendidikan.

Sumber Maklumat : Buku Ulang Tahun Ke 20 Bahagian Teknologi Pendidikan 1972 – 1992;  
    Teknologi Pendidikan ke Arah Masyarakat Cemerlang.

_____________________________________________________________________________________

MENJEJAKI  PERJALANAN DAN KEDEWASAAN
 


Di awal penubuhannya PKG Sungai Bakap, ianya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap. Tahun 1991 bermula dengan rasmi pejabat operasi PKG Sungai Bakap.
 




Apabila Sekolah Kebangsaan Jawi siap pembinaannya dan mula diduduki pada Ogos 1994, Pejabat Operasi PKG Sungai Bakap telah dialih lokasinya ke Sekolah Kebangsaan Jawi dengan keluasan bilik 5 bay di blok 3, tingkat 3.  





Dalam tahun 2008, Program Perpindahan Pejabat Operasi PKG ke RGL, KRG, KIP dan BSL telah dilaksanakan. PKG Sungai Bakap merupakan salah satu pkg yang terlibat dalam program itu. Pada Mac 2009 Pejabat operasi PKG Sungai Bakap dengan rasminya berpindah ke lokasi terbarunya di Kediaman Staf Pendidikan, Taman Seruling Emas.
 

_____________________________________________________________________________________

MENGUKIR JASA DAN KENANGAN  
 
En. Shaari bin Awang. Mula bertugas sebagai Penyelaras PKG Sungai Bakap sejak mula PKG beroperasi, dari tahun 1990 hingga 1992. Sekarang beliau masih bertugas sebagai guru di SK Sungai Bakap.
 



Tn. Hj. Fairus Khan bin Abdullah. Mula bertugas sebagai Penyelaras PKG Sungai Bakap bermula dari tahun 1992 hingga 2000. Pernah bertugas sebagai Penolong Kanan di SK Methodist, Penyelia Sekolah Rendah di PPD Selatan dan telah bersara dari perkhidmatan pendidikan.
Puan Aziah bin Azizan. Mula bertugas sebagai Penyelaras PKG Sungai Bakap bermula dari tahun 2000 hingga 2002. Sekarang bertugas sebagai Penolong Pengarah di Unit PSP, Bahagian Teknologi Pendidikan.



En. Md Nasaruddin bin Abd. Wahab Mula bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 bermula dari Tahun 2002 hingga 2015, Sekarang bertugas sebagai Pegawai Teknologi
Pendidikan 1 di PKG Alma.