DISKRIPSI PKG SUNGAI BAKAP

LATAR BELAKANG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermu la dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencaipaian pendidikan luar dan dalam Bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknologi pendidikan).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut . Pada tahun 1995 P KG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam  sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai. 


__________________________________________________________________________________________

VISI 

Mewujudkan budaya pengguna media & teknologi pendidikan yang berkesan di setiap sekolah.

MISI
__________________________________________________________________________________________

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
  • Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
  • Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.
__________________________________________________________________________________________

OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat
__________________________________________________________________________________________

FUNGSI
  • Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
  • Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  • Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah
  • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
  • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah
  • Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.
__________________________________________________________________________________________

CARTA ORGANISASI PKG SUNGAI BAKAP