SESI MESYUARAT DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP

PKG Sungai Bakap akan menjalankan beberapa siri Mesyuarat seperti berikut :



















PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS TAHUN 2018 (SSQS)



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah mengikut negeri masing-masing seperti berikut:



STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS - DCS)


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). 

Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 
06 Jun – 30 Julai 2018 
Fasa 2 penilaian ini akan dilaksanakan pada 01 September - 31 Oktober 2018

Surat Arahan : Pelaksanaan DCS
Sila Klik URL : http://penang.tapirhero.online

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2018








BORANG SPEEDTEST BULANAN YES4G SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP




< Klik diatas untuk Memuat Turun Bahan :

SENARAI SEMAK BAHAN DIGITAL MBMMBI SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP


< Klik diatas untuk Memuat Turun Bahan :

BUKU PANDUAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK RUJUKAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)


< Klik untuk Memuat Turun Bahan