BAHAN PERKONGSIAN


KOLEKSI LATIHAN CHROMELAB MUDAH ALIH

Modul ini adalah untuk memberi peluang tentang latihan produk yang terperinci kepada para guru dan sekolah yang menerima ChromeLab. Pihak sekolah dan para guru akan memahami tentang perbezaan ciri dan fungsi setiap komponen dalam ChromeLab Mudah Alih serta penyelesaian masalah. Mereka juga akan berupaya untuk menasihati para pengguna yang terdiri guru-guru dan murid-murid di sekolah tentang cara menggunakan fungsi-fungsi tersebut, demi mencapai dengan cemerlang matlamat tugas mereka.

Koleksi Latihan ChromeLab boleh di maut turun di Learning Center VLE di Frogasia.

* Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Pengurusan ChromeLab 

__________________________________________________________________________________________

KOLEKSI eBUKU [eBOOK]

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.


Antara Koleksi PKG Sungai Bakap:
1. Buku Panduan Pengurusan PSS
2. Buku PuAS
3. Buku Proses Pilih Buang
4. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
5. Ringkasan Eksekutif : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
6. Modul Khidmat Bantu PSS | BTP2007.
7. KEmuDI1.
8. KEmuDI2.

* Sila Klik :  Perkongsian Pintar > eBook 

__________________________________________________________________________________________


KOLEKSI DASAR PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada  Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Antara Koleksi PKG Sungai Bakap:

1. Pembangunan Pendidikan KPM 2001-2010
2. Pelan Induk Pendidikan 2006-2010.
3. Dasar Pendidikan Kebangsaan KPM 2012.
4. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020.
5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
6. Dasar 1Murid 1Sukan.

* Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Dasar Kerajaan > Dasar Pendidikan 

__________________________________________________________________________________________


MANUAL PANDUAN JURULATIH terbitan Januari 2014

Manual ini dapat memberi panduan kepada Guru-guru dalam memantapkan lagi pelaksanaan VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT [VLE] di peringkat sekolah. Manual ini juga akan membina keyakinan dalam membentuk pengetahuan dan pengalaman dalam menggunakan VLE.

Tunjuk cara manual panduan ini mudah di ikuti dalam menguasai persekitaran maya VLE. Seterusnya ianya membawa kelangsungan dalam pembelajaran maya terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran maya.

Manual dan modul juga disertakan Klip Video dalam membantu kefahaman yang lebih berkesan. Ianya terdiri daripada

1. Module 1 : 12 klip Video
2. Module 2 : 12 klip Video
3. Module 3 : 12 klip Video

Manual dan Klip Video boleh di maut turun di Learning Center VLE di Frogasia.

* Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Pengurusan VLE 

__________________________________________________________________________________________

MODUL PEMBANGUNAN LAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK PERSEKITARAN MAYA


VLE telah dibangunkan sebagai satu pelantar pembelajaran untukmemudahkan guru menyediakan pelajaran bagi murid-murid. Selain memberi peluang murid mengikuti pelajaran di rumah ia juga merupakan pelantar yang memungkinkan murid-murid mengulangkaji pelajaran yang dipelajari di sekolah berulang kali. Untuk memungkinkan hasrat KPM (Perkara 6) dicapai, KPM perlu memastikan pelantar VLE dioptimumkan dan dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid-murid. 

* Sila Klik :  Perkongsian Pintar >Pengurusan Media > Modul Pembinaan Laman PdP

__________________________________________________________________________________________


GARIS PANDUAN KEPAKARAN ICT SEKTOR AWAM MALAYSIA

Dokumen ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan kepakaran, penilaian, pengiktirafan dan pembentukan Pasukan Pakar ICT sektor awam. 

Latarbelakang
Kajian mengenai kepakaran ICT di kalangan PTM sektor awam merupakan satu tindakan yang selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada vendor/kontraktor dalam pembangunan projek-projekICT. Keputusan kerajaan untuk membangunkan kepakaran ICT Sektor Awam dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (3P)….....

__________________________________________________________________________________________


PELAN STRATEGIK ICT SEKTOR AWAM MALAYSIA 2011-2015


Memperkasa Tranformasi Digital Sektor Awam - Dokumen ini menerangkan tujuan dan hala tuju strategik ICT Sektor Awam ke arah penggunaan ICT yang meluas dalam penyampaian perkhidmatan yang berfokuskan rakyat (citizen-centric) dengan pendekatan keseluruhan Kerajaan (Whole-0f-Government).


__________________________________________________________________________________________


KSSR BUKU PANDUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MERENTAS KURIKULUM

Dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia merealisasikan pembangunan modal insan dalam konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), konsep elemen TMK merentas kurikulum dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkasakan lagi melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di mana elemen TMK, Kreativiti dan Inovasi dan juga Keusahawanan diberi tumpuan utama sebagai Elemen Nilai Tambah (ENT)......

(Haji Ibrahim bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia) 


__________________________________________________________________________________________


DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) VERSI 2.0 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Pekeliling ICT Bil 1 Tahun 2012 –  Dasar Keselamatan ICT mengambil kira objektif kawalan ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan sistem Keselamatan Maklumat yang meliputi perkara-perkara berikut:
      > Dasar Keselamatan.
      > Organisasi Keselamatan Malaysia.
      > Pengurusan Aset.
      > Keselamatan Sumber Manusia.
      > Keselamatan Fizikal dan Persekitaran.
      > Pengurusan Operasi dan Komunikasi.

> Kawalan Capaian.
> Perolehan, Pembangunan, dan Penyelenggaraan Sistem Maklumat.
> Pengurusan Insiden Keselamatan Maklumat.
> Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan.
> Pematuhan.
    * Sila Klik :  Perkongsian Pintar >Dasar Kerajaan > Dasar Keselamatan ICT

    __________________________________________________________________________________________

    GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH IFLA/UNESCO

    Manifesto Perpustakaan Sekolah IFLA/UNESCO:  Perpustakaan sekolah dalam pengajaran- pembelajaran untuk semua telah diterbitkan pada tahun 2000.  Penerbitan ini telah mendapat sambutan yang baik di merata dunia dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa. Penterjemahan baru masih terus dilakukan dan pustakawan di seluruh dunia menggunakan manifesto ini untuk meningkatkan kedudukan taraf perpustakaan sekolah di sekolah, daerah dan negara sendiri.
    Kenyataan manifesto adalah:
    Kerajaan, melalui kementerian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan adalah digesa untuk merancang strategi,  polisi dan perancangan yang menggunakan prinsip manifesto ini.
    Garis panduan baru ini telah diterbitkan untuk makluman pembuat dasar di peringkat kebangsaan dan tempatan di seluruh dunia, juga sebagai galakan serta bimbingan kepada masyarakat perpustakaan. Garis panduan ini telah ditulis untuk membantu sekolah melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam manifesto.

    DITERJEMAHKAN OLEH:
    Zohra Ibrahim & Saidatul Akmar Ismail
    Fakulti Pengajian Maklumat
    Universiti Teknologi MARA MALAYSIA

    * Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Bahan Edar dan Promosi > School Library Guideline

    __________________________________________________________________________________________


    BUKU PANDUAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK  GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM)


    Dijadikan sebagai sumber rujukan untuk melaksanakan tugas-tugas dalam mengurus di Pusat Sumber Sekolah (PSS).Ianya merangkumi dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan pengurusan Pusat Sumber Ssekolah.


     


    * Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Pengurusan Sumber

    __________________________________________________________________________________________

    BUKU MODUL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH
     

    Merupakan sumber rujukan yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah dan dapat menenuhi keperluan pembacaan murid ditingkatkan dan menenuhi matlamat penubuhannya. Memudahkan penyediaan dalam memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemerosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian Pusat Sumber Sekolah yang berkesan.


    * Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Pengurusan Sumber


    __________________________________________________________________________________________

    BUKU PANDUAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM)
    Dapat membantu melengkapan diri dalam menjalankan tugas khasnya dari segi meingkatkan kecekapan dan keberkesanan serta dijadikan sebagai sumber rujukan dalam pengendalian pengurusan Pusat Sumber Sekolah.





    * Sila Klik :  Perkongsian Pintar > Pengurusan Sumber