
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dan surat kami [Ruj: KPM.100-15/1/12 (7)] bertarikh 3 Mei 2019 adalah berkaitan.
2. Untuk makluman dan perhatian tuan/puan jua, tarikh akhir untuk melaksanakan aktiviti sandaran (backup) bahan digital dari Google Drive dan FROG Drive yang dipautkan dengan ID 1BestariNet adalah pada 29 Jun 2019 (20 hari lagi).
> Surat Makluman Backup GDrive FROG Drive
> Tatacara muat turun bahan PdP dari Frog Drive dan Google Drive
> Surat Makluman Backup GDrive FROG Drive
> Tatacara muat turun bahan PdP dari Frog Drive dan Google Drive
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya peringatan dan makluman ini disebarkan ke agensi / institusi / sekolah di negeri tuan / puan. Mohon juga kerjasama untuk memanjangkan emel ini kepada sektor / unit di JPN yang berkaitan, sekiranya perlu.
Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.
Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia