PENGEDARAN BAHAN PDP (MBMMBI) KE SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2017
















Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah mengagihkan bahan digital MBMMBI untuk penggunaan sesi persekolahan 2017. Bahan digital bagi tahun 2017 adalah untuk kegunaan Sekolah Menengah iaitu English For Young Learners bagi pelajar tingkatan 1. 

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang  melalui rangkaian PKG Negeri Pulau Pinang telah diamanahkan agar membuat pengedaran bahan digital tersebut ke sekolah-sekolah menengah sebelum sesi persekolahan 2017 bermula. 

Pihak PKG Sungai Bakap telah membuat penghantaran bahan digital berkenaan ke 9 buah sekolah menengah dalam kelompok PKG pada 27 Dan 28 Disember 2016. Sekolah-sekolah berkenaan adalah terdiri daripada :

1) SMK Tun Syed Sheh Barakbah
2) SMK Taman Widuri
3) SMK Jawi
4) SMK Batu Kawan
5) SMK Bandar Tasek Mutiara
6) SMK Tasek
7) SMK Mutiara Impian
8) SMK Valdor
9) SMK Simpang Empat