KUTIPAN DATA NILAM TAHUN 2016


















Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

2. Mulai tahun 2016, Sistem i-NILAM tidak lagi digunakan untuk tujuan kutipan data. Pihak BTP-BTPN telah menyediakan 1 Template Interim bagi kutipan data NILAM sebagai alternatif proses kutipan data sedia ada.

3. Bersama-sama ini disertakan 'Template dan cara pengisian data sebagai panduan' . Template yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada PKG Sungai Bakap untuk tindakan selanjutnya sebelum 5 April 2016. Serahan hendaklah dalam bentuk 'Soft Copy'.

4. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian data tersebut, pihak sekolah boleh menghubungi PKG Sungai Bakap atau En. Roshidi di Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Pulau Pinang di talian 04-5736901.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.