Di maklumkan Netbook 1Malaysia telah tamat tempoh waranti pada 31 Disember 2015. Oleh yang demikian, bersama-sama ini dilampirkan Memo Dalaman untuk rujukan dan tindakan bersama. Sekiranya Netbook 1Malaysia di sekolah mengalami kerosakan, sila pastikan dokumen seperti :
1) KEW.PA-3 (Daftar Aset Alih Bernilai Rendah) - Lampiran Hadapan dan Belakang
2) KEW.PA-9(A) (Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Bernilai Rendah Kerajaan)
3) SALINAN SERIAL NUMBER (Membuat 1 salinan untuk setiap item yang mengalami kerosakan)
Sebelum menghantar ke Tempat Simpanan dan Pertukaran (Loaner) di PKG Nibong Tebal. Sebarang pertanyaan, Sila menghubungi di talian 04-5981026
Catatan :
Pihak sekolah dinasihatkan membuat 1 set salinan Dokumen tersebut untuk setiap 1 Item Netbook
Salinan Asal KEW.PA-3 perlu dibawa untuk tujuan semakan