ADUAN KEROSAKAN NETBOOK 1 MALAYSIA



Untuk makluman, sekiranya Netbook 1Malaysia di sekolah mengalami kerosakan, sila pastikan dokumen seperti :

1) KEW.PA-3 (Daftar Aset Alih Bernilai Rendah) - Lampiran Hadapan dan Belakang
2) KEW.PA-9(A) (Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Bernilai Rendah Kerajaan)
3) SALINAN SERIAL NUMBER (Membuat 1 salinan untuk setiap item yang mengalami kerosakan)

Sebelum menghantar ke Tempat Simpanan dan Pertukaran (Loaner), Pihak sekolah dinasihatkan untuk memasukkan butiran dan mengisi Aduan Kerosakan Peralatan ICT Sekolah melalui url : http://sts.moe.edu.my/ bertujuan supaya Pihak Pengurusan BTP-BTPN-PKG dapat menganalisis data netbook 1 malaysia yang mengalami kerosakan.

Catatan : 

Pihak sekolah dinasihatkan membuat 1 set salinan Dokumen tersebut untuk setiap 1 Item Netbook
Salinan Asal KEW.PA-3 perlu dibawa untuk tujuan semakan