SESI TAKLIMAT DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP
3:59:00 PM

1. Taklimat Nilam Untuk Setiausaha Nilam Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2019
> Tarikh: 12 Mac 2019 (Selasa)
> Tempat : Mini Auditorium Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Sungai Kecil
> Masa : 2.30 Petang
2. Taklimat VLE Untuk Guru Admin VLE) Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2019
> Tarikh: 13 Mac 2019 (Rabu)
> Tempat : Mini Auditorium Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Sungai Kecil
> Masa : 2.30 Petang
* Sila semak, sekiranya tidak dapat sila maklum dan hubungi PKG Sungai Bakap
Sehubungan dengan itu semua yang terlibat diminta hadir. Kerja sama dan Komitmen semua yang terlibat amatlah dihargai.Sekian Terima Kasih.
SESI MESYUARAT DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP
8:37:00 AM

PKG Sungai Bakap akan menjalankan beberapa siri Mesyuarat seperti berikut :
1. Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) Bersama Pengetua / Guru Besar Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap, Kali Ke-1 Tahun 2019
> Tarikh: 26 Februari 2019 (Selasa)
> Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Sungai Bakap
> Masa : 2.30 Petang
* Minit Mesyuarat
2. Mesyuarat Jawatankuasa Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap, Kali Ke-1 Tahun 2019
> Tarikh: 27 Februari 2019 (Rabu)
> Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Sungai Bakap
> Masa : 2.30 Petang
* Minit Mesyuarat
3. Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Daerah Seberang Perai Selatan, Kali Ke-1 Tahun 2019
> Tarikh: 28 Februari 2019 (Khamis)
> Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Sungai Bakap
> Masa : 8.30 Pagi
4. Mesyuarat Jawatankuasa Guru Penyelaras Bestari (GPB) Dan Guru Penyelaras ICT (GPICT) Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap, Kali Ke-1 Tahun 2019
> Tarikh: 28 Februari 2019 (Khamis)
> Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Sungai Bakap
> Masa : 2.30 Petang
* Minit Mesyuarat
Sehubungan dengan itu semua yang terlibat diminta hadir. Kerja sama dan Komitmen semua yang terlibat amatlah dihargai.Sekian Terima Kasih.
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS TAHUN 2018 (SSQS)
4:46:00 PM

Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah
menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS)
mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian
sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas
bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti
Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program
Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang
berteraskan pengetahuan (k-economy).
Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
Pulau Pinang
= http://best.moe.edu.my/ssqs/ppinang/
STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS - DCS)
10:58:00 AM

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS).
Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 06 Jun – 30 Julai 2018
Fasa 2 penilaian ini akan dilaksanakan pada 01 September - 31 Oktober 2018
Fasa 1 penilaian ini akan dilaksanakan pada 06 Jun – 30 Julai 2018
Fasa 2 penilaian ini akan dilaksanakan pada 01 September - 31 Oktober 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)










