KPI VLE SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP (MINGGU 25)




KUTIPAN DATA NILAM KALI KE-2 TAHUN 2016


















Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

2. Disertakan Surat berkenaan Kutipan Data Nilam Kali Ke-2, Tahun 2016 yang telah diemailkan ke alamat Sekolah Ahli PKG Sungai Bakap.

3. Bersama-sama ini juga disertakan 'Template dan cara pengisian data sebagai panduan' untuk Rujukan dan Panduan bersama . Template yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada PKG Sungai Bakap untuk tindakan selanjutnya sebelum 15 Julai 2016. Serahan hendaklah dalam bentuk 'Soft Copy'.

4. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian data tersebut, pihak sekolah boleh menghubungi PKG Sungai Bakap atau En. Roshidi di Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Pulau Pinang di talian 04-5736901.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI BAKAP







Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

> Semua Warga Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan    

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan hebahan di Laman Blog PKG Sungai Bakap bertarikh 21 Jun 2016 adalah berkaitan. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan memproses permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DG29, DG32(KUP), DG34 (KUP) dan DG42(KUP) di Pusat Kegiatan Guru Sungai Bakap bagi pengisian Tahun 2016.
Bersama-sama ini dilampirkan Borang Permohonan untuk dilengkapkan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi En. Azhar Bin Hj. Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP1) PKG Sungai Bakap ditalian 04-5822 735 | Peribadi : 010-389 4911

Sekian, harap maklum.

KPI VLE SEKOLAH AHLI PKG SUNGAI BAKAP (MINGGU 24)


























































BAHAN MBMMBI TAHUN 2010 - 2014 (UNTUK PENDIDIKAN)





















Sila klik link di bawah untuk muat turun Bahan MBMMBI 2010 - 2014 untuk PENDIDIKAN bukan KOMERSIAL. 

Sumber daripada PKG Bandar Mersing dan PKG Endau.

https://goo.gl/idoDTB



PORTAL e-GURU