PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH PULAU PINANG BAWAH KPM TAHUN 2016






























































































Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam usaha untuk mengumpul maklumat dan data berkaitan pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT sekolah-sekolah di Pulau Pinang bagi tahun 2016.
  • Sehubungan itu, kerjasama pihak tuan/puan adalah dipohon untuk mengisi aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui aplikasi STS (Support Ticketing System) di laman sesawang http://sts.moe.edu.my sebelum atau pada 30 November 2015. Syarat dan panduan aduan kerosakan peralatan ICT sekolah adalah seperti di Lampiran.
  • Bagi melancarkan kutipan data dan memudahkan pentadbiran dokumen sokongan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan, tuan/puan adalah dinasihatkan agar memastikan pihak sekolah menyediakan 2 salinan dokumen yang terdiri daripada :

a. Kew PA 9
b. Kew 312 Bahagian A dan B (alatan 2006 ke atas ) atau
c. Kew PA 2 dan Kew PA 14 (alatan bekalan 2006 ke atas) yang telah dikemaskini

1 salinan dimajukan ke PKG untuk tindakan dan 1 salinan simpanan sekolah